Kit Panduan untuk Hutan Yang Tinggi Nilai Pemuliharaannya (hcvf) bagi Malaysia



Yüklə 1,59 Mb.
Pdf görüntüsü
səhifə1/7
tarix01.08.2017
ölçüsü1,59 Mb.
  1   2   3   4   5   6   7

Kit Panduan untuk 

Hutan Yang Tinggi 

Nilai Pemuliharaannya 

(HCVF) bagi Malaysia:

Panduan kebangsaan bagi cara 

mengenal pasti, mengurus dan 

memantau Hutan Yang Tinggi 

Nilai Pemuliharaannya

©  WWF-Malaysia / Nik



Edisi Pertama

Mac 2010

WWF-Malaysia



Kit Panduan untuk Hutan Yang Tinggi Nilai Pemuliharaannya (HCVF) bagi Malaysia

Mac 2010


Diterbitkan pada bulan Mac 2010 oleh WWF-Malaysia. Sebarang ulang keluaran seluruh atau sebahagian terbitan ini 

mestilah menyebut tajuknya dan mestilah memberikan kredit kepada penerbit yang disebutkan tadi sebagai pemilik 

hak ciptanya. © 2010 WWFM. Hak cipta terpelihara.


WWF-Malaysia,

49, Jalan SS23/15,

Taman SEA,

47400 Petaling Jaya,

Selangor.

Tel : 03-7803 3772  Faks : 03-7803 5157

E-mel: contactus@wwf.org.my 

Copyright©2010 WWF-Malaysia.

Hak cipta terpellihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk 

pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, gambar, rakaman dan 

sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada WWF-Malaysia.

Edisi Pertama 2010



Petikan Cadangan: 

WWF-Malaysia (2010). Kit Panduan untuk Hutan Yang Tinggi Nilai Pemuliharaannya (HCVF) bagi Malaysia: 

Panduan kebangsaan bagi cara mengenal pasti, mengurus dan memantau Hutan Yang Tinggi Nilai 

Pemuliharaannya. Edisi Pertama. Mac 2010. Petaling Jaya, Malaysia: WWF-Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia  

 

 



 

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

WWF-Malaysia

Kit Panduan untuk Hutan Yang Tinggi Nilai Pemuliharaannya (HCVF) bagi Malaysia: panduan kebangsaan 

bagi cara mengenal pasti, mengurus dan memantau hutan yang tinggi nilai pemuliharaannya. 

ISBN 978-983-44945-4-4

1. Forest monitoring—Malaysia.  2. Forest and forestry—Malaysia.  3. Rain forest--Management.

333.751509595



Kandungan

Singkatan 

 

   ii


Pengenalan   

  1


1.1   Objektif   

  1


 

1.2 


Latar belakang 

  1


 

1.3 


Gambaran keseluruhan tentang HCVF 

  1


 

1.4 


Apakah Kit Panduan ini? 

  3


 

1.5 


Cara menggunakan Kit Panduan ini 

  3


 

1.6 


Kegunaan lain Kit Panduan 

  4


2  Kit Panduan Sebenar: Tafsiran HCVF di Malaysia 

  5


 

HCV 1   Nilai Biodiversiti 

  5

 

HCV1.1  Kawasan-kawasan Perlindungan 



  5

 

HCV1.2  Spesies Terancam 



  6

 

HCV1.3  Endemisme 



  7

 

HCV1.4   Kawasan Genting Bermusim 



  8

 

HCV 2   Hutan Bertahap Landskap 



  9

 

HCV 3   Ekosistem 



10

 

HCV 4   Perkhidmatan Alam Semula Jadi 



12

 

HCV 4.1   Perlindungan Legeh 



12

 

HCV 4.2   Kawalan Hakisan 



13

 

HCV 4.3  Perintang Kebakaran Yang Membinasakan 



14

 

HCV 5   Keperluan Asas Komuniti Tempatan 



15

 

HCV 6 



Identiti Kebudayaan Komuniti Tempatan 

16

3  Rujukan   

18

Lampiran 1. Spesies mamalia besar yang terancam di Malaysia.



Lampiran 2. Kawasan-kawasan terpilih yang mempunyai spesies pokok atau mamalia endemik.

Lampiran 3. Pengurusan HCV1 (Nilai-nilai Biodiversiti – Hidupan Liar).

Lampiran 4. Senarai Kawasan Penting Burung (KPB) bagi Malaysia.

Lampiran 5.  Keutamaan habitat mamalia Malaysia mengikut kumpulan mamalia yang berkait.

Lampiran 6. Penilaian Ekosistem PERHILITAN bagi Semenanjung Malaysia. 

Lampiran 7. Pengelasan jenis hutan dan penilaian hutan di Sabah.

Lampiran 8. Pengelasan jenis hutan dan penilaian hutan di Sarawak.

Lampiran 9. Panduan mengenal pasti kawasan-kawasan hutan yang penting dalam memenuhi 

keperluan asas komuniti tempatan (HCV5) dan/atau yang sangat penting bagi identiti budaya 

tradisional komuniti tempatan (HCV6).

Lampiran 10. Cara melaksanakan proses LOAM.

Lampiran 11. Pertubuhan – pertubuhan  yang berkenaan untuk dihubungi.

Lampiran 12. Senarai peserta kajian pakar bertarikh 27-28 Mei 2008. 

Lampiran 13. Senarai peserta dalam rundingan dengan pihak-pihak yang berkepentingan. 

Lampiran 14. Tapak Kaki Mamalia Di Thailand.

-i-


Singkatan

CITES 

Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora   

 

 



(Konvensyen Tentang Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna Dan Flora Liar Yang Terancam)

CR 

Critically Endangered (Sangat Terancam)

EN 

Endangered (Terancam)

EPU 

Economic Planning Unit (Unit Perancangan Ekonomi)

FRIM 

Forest Research Institute Malaysia (Institut Penyelidikan Hutan Malaysia)

FSC 

Forest Stewardship Council

HCV 

High Conservation Value (Nilai Pemuliharaan Yang Tinggi)

HCVF 

High Conservation Value Forest (Hutan Yang Tinggi Nilai Pemuliharaannya)

HS 

Hutan Sambungan



IUCN 

International Union for Conservation of Nature (Kesatuan Pemuliharaan Alam  

 

 



 

Antarabangsa)



JMM 

Jabatan Meteorologi Malaysia



JPBD 

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa



JPS 

Jabatan Pengairan Dan Saliran



JPSM 

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia



KPB 

Kawasan Penting Burung



KTS 

Kawasan Terlindung Sepenuhnya (Sarawak)



LAC 

Limits of Acceptable Change (Had Perubahan Yang Boleh Diterima)

LHK 

Ladang Hutan Kekal



LOAM 

Landscape Outcome Assessment Methodology (Metodologi Penilaian Natijah Landskap)

MC&I(2002) 

Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management (Kriteria Dan Penunjuk Bagi  

 

 



Persijilan Pengurusan Hutan Malaysia)

MPH 

Majlis Pengawasan Hutan



MPK 

Majlis Perhutanan Kebangsaan



MPKM 

Majlis Persijilan Kayu-kayan Malaysia (MTCC)



NGO 

Non-Governmental Organisation (Pertubuhan Bukan Kerajaan)



NRE 

Ministry of Natural Resources and Environment ( Kementerian Sumber Asli dan Alam  

 

 



Sekitar)

NREB 

Natural Resources and Environment Board (Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar)  

 

 



(Sarawak)

PACOS 

Partners of Community Organisations (Rakan Membangun Komuniti)

PERHILITAN  Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Malaysia 

PKKS 

Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah



PKS 

Persatuan Kayu-kayan Sarawak



PPAM 

Persatuan Pencinta Alam Malaysia



PPH 

Pusat Penyelidikan Hutan



PPS 

Perbadanan Perhutanan Sarawak



RIL 

Reduced Impact Logging (Pembalakan Dampak Rendah)

RPH 

Rancangan Pengurusan Hutan



SM 

Semenanjung Malaysia



SPBK 

Sistem Perkadaran Bahaya Kebakaran



SPKM 

Skim Persijilan Kayu-kayan Malaysia (MTCS)



SPN 

Strategi Pemuliharaan Negara



UKM 

Universiti Kebangsaan Malaysia



UPH 

Unit Pengurusan Hutan



VU 

Vulnerable (Dalam Bahaya)

WCS 

Wildlife Conservation Society (Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar)

WWF 

World Wide Fund for Nature (Tabung Alam Sedunia)

-ii-


Pengenalan

1.1   Objektif

Kit Panduan untuk Hutan Yang Tinggi Nilai Pemuliharaannya (High Conservation Value Forest – “HCVF”) 

bagi Malaysia bertujuan memberikan gambaran menyeluruh tentang panduan praktikal yang boleh didapati 

oleh para pengurus hutan dan pihak-pihak lain yang berkepentingan untuk mengenal pasti, mengurus, 

dan  memantau  HCVF  di  Malaysia  seperti  yang  telah  digariskan  oleh  piawaian-piawaian  pengurusan 

hutan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.  Khususnya, Kit Panduan ini bertujuan membantu para 

pengurus hutan mematuhi Prinsip 9 Forest Stewardship Council (FSC) dan juga Kriteria Dan Penunjuk 

Pensijilan Pengurusan Hutan Malaysia [MC&I(2002)], iaitu piawai yang diikuti oleh Jawatankuasa Pemandu 

Kebangsaan bagi pensijilan hutan semula jadi di Malaysia   .

1.2  Latar belakang

Konsep  HCVF  sedang  dipromosikan  dan  digunakan  oleh  skim-skim  yang  terlibat  dalam  pensijilan 

pengurusan hutan secara bertanggungjawab di Malaysia. Namun begitu, secara umumnya dirasakan 

bahawa garis panduan yang ada mengenai pelaksanaan konsep HCVF ini tidak mencukupi. Beberapa 

bengkel  dan  mesyuarat  telah  diadakan  untuk  memulakan  dan  memudahkan  penyusunan  sebuah  Kit 

Panduan  HCVF  bagi  Malaysia.  Usaha  tersebut  dipelopori  WWF-Malaysia,  yang  telah  menubuhkan 

Kumpulan Kerja Teknikal untuk menghasilkan Kit Panduan ini.

Kit  Panduan  ini  adalah  hasil  beberapa  peringkat  kajian  dan  perundingan.  Setelah  mengkaji  secara 

dalaman  Draf  Pertamanya,  kajian  oleh  pakar  (maklum  balas  bertulis  tentang  Draf  Kedua  diterima 

daripada 12 individu/organisasi) dan perbincangan oleh kumpulan pakar selama dua hari telah diadakan 

pada bulan Mei 2008 (sila lihat senarai peserta di dalam 

Lampiran 12) untuk menghasilkan Draf Ketiga. 

Perundingan yang berasingan dengan pihak-pihak yang berkepentingan bagi Semenanjung Malaysia, 

Sabah dan Sarawak telah menyumbang kepada Draf Keempat. Komen seterusnya pula menghasilkan 

Draf Kelima, dan perundingan terakhir pada peringkat kebangsaan, yang melibatkan semua pihak yang 

berkepentingan, telah menghasilkan Draf Keenam yang muktamad (sila lihat senarai peserta di dalam 

Lampiran 13).

1.3  Gambaran keseluruhan tentang HCVF

Selain nilai ekonominya, hutan juga mempunyai nilai persekitaran dan sosial, misalnya sebagai habitat 

hidupan  liar,  perlindungan  legeh  dan  kepentingan  budaya.  Kawasan-kawasan  di  dalam  hutan  yang 

dianggap  luar  biasa  atau  sangat  tinggi  tahap  kepentingan  nilainya,  berdasarkan  beberapa  kriteria 

yang  telah  dipersetujui,  boleh  ditakrifkan  sebagai  kawasan  HCVF.  Mengenal  pasti  nilai-nilai  tersebut, 

mengetahui pihak yang menganggapnya penting, dan mengenal pasti kawasan-kawasan hutan yang 

mengandungi nilai-nilai tersebut adalah langkah pertama yang penting dalam menjalankan penilaian dan 

pengurusan nilai-nilai tersebut secara berkesan. 

Konsep  HCVF  pada  mulanya  dihasilkan  oleh  Forest  Stewardship  Council  (FSC)  untuk  kegunaan 

pensijilan pengurusan hutan. Dalam pensijilan FSC ini, para pengurus hutan dikehendaki mengenal pasti 

ciri-ciri HCVF yang ditemui di dalam unit pengurusan hutan masing-masing dan menguruskannya untuk 

mengekalkan atau menambahbaikkan nilai-nilai yang dikenal pasti itu.  Definisi oleh FSC ini merangkumi 

ciri-ciri ekologi, perkhidmatan ekosistem dan fungsi sosial yang luar biasa atau yang sangat penting.

-1-


Senarai kebanyakan undang-undang yang berkenaan dan garis panduan yang berkaitan dengannya terangkum oleh 

MC&I(2002).

1

1


Sistem penomboran 1-6 ‘HCV’ yang digunakan di dalam Kit Panduan HCVF Global (Jennings dll., 2003) 

pada umumnya diterima dan digunakan untuk Kit Panduan ini.  

Pengenalan dan pengurusan HCVF pada peringkat Unit Pengurusan Hutan (UPH) memerlukan langkah-

langkah yang berikut:

 

1.   Mentafsirkan definisi global (Kit Panduan ini)



 

2.  Mengenal pasti kawasan-kawasan HCVF yang berpotensi (penilaian awal)

 

3.  Mengenal pasti komponen khusus HCVF di lapangan serta melalui perundingan



 

4.  Mengezonkan kawasan-kawasan HCVF, zon-zon penampan dan kompartmen – kompartmen yang  

 

 

terlibat



 

5.  Mengenal pasti had perubahan yang boleh diterima (Limit of Acceptable Change – “LAC”) untuk    

 

 

memelihara HCVF 



 

6.  Merancang kaedah pengurusan berwaspada bagi kompartmen HCVF

 

7.  Melaksanakan aktiviti pengurusan



 

8.  Memantau kesan aktiviti pengurusan

 

9.  Menilai kesan kegiatan pengurusan



 

10.  Menyesuaikan atau mengadaptasi activiti pengurusan di mana perlukan

Langkah-langkah ini menepati rangka kerja pengurusan mudah suai (

Rajah 1).  Langkah- langkah 1-6 

melibatkan perancangan, Langkah 7 tindakan, 8 pemantauan, 9 penilaian dan 10 perancangan semula.



Rajah 1.  Kitaran Pengurusan Mudah Suai.

Pendekatan yang terperinci bagi Mengurus Dan Memantau HCVF disediakan oleh Kit Panduan Global ini.  



Jenis kawasan HCVF yang ditakrifkan oleh FSC disenaraikan di bawah ini.

Kawasan-kawasan  hutan  yang  mengandungi  tumpuan  nilai-nilai  biodiversiti  yang  penting  pada 

peringkat global, serantau atau negara

 

Kawasan perlindungan



 

Spesies terancam dan dilindungi

 

Spesies bersifat endemik



 

Kawasan genting bermusim

Hutan-hutan bertahap landskap yang luas pada peringkat global, serantau atau negara

Kawasan-kawasan hutan yang berada di dalam ekosistem yang langka atau terancam, ataupun yang 

mengandungi ekosistem yang langka atau terancam

Kawasan-kawasan hutan yang menyediakan perkhidmatan alam semula jadi yang asas dalam situasi 

genting

 

Hutan-hutan yang sangat penting sebagai kawasan tadahan air



 

Hutan-hutan yang sangat penting dalam mengawal hakisan tanah

 

Hutan-hutan yang memberikan rintangan terhadap kebakaran besar yang boleh membinasakan



Kawasan-kawasan hutan yang penting untuk memenuhi keperluan asas komuniti tempatan (misalnya, 

dari segi sara hidup atau kesihatan)

Kawasan-kawasan hutan yang sangat penting kepada identiti kebudayaan tradisional komuniti tempatan

Unsur

HCV

1

1.1



1.2

1.3


1.4

2

3



4

4.1


4.2

4.3


5

6

RANCANG



PANTAU

BERTINDAK

NILAIKAN

-2-


1.4  Apakah Kit Panduan ini?

Kit Panduan HCVF bagi Malaysia adalah tafsiran kebangsaan bagi definisi FSC dan sedang disusun 

mengikut konteks Kit Panduan Global dan Rangkaian Sumber HCV (HCVF Resource Group) (sila lihat 

www.hcvnetwork.org). Tafsiran kebangsaan ini dihasilkan melalui proses perundingan yang melibatkan 

sumbangan  pakar  dan  maklum  balas  daripada  pihak-pihak  yang  berkepentingan,  yang  mewakili 

Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kit Panduan ini akan digunakan untuk mengenal pasti, 

mengurus dan memantau HCVF di lapangan mengikut rangka kerja am di bawah ini:

Rajah 2. Konteks Tafsiran Kebangsaan HCVF.

Selain itu, penyusunan Kit Panduan HCVF bagi Malaysia mengambil kira inisiatif yang sedia ada dalam 

pensijilan hutan, khususnya Skim Persijilan Kayu-kayan Malaysia (MTCS) yang dikendalikan oleh Majlis 

Persijilan Kayu-kayan Malaysia (MTCC), dan Inisiatif Kebangsaan FSC.



1.5  Cara menggunakan Kit Panduan ini

Bahagian  2  (Tafsiran  HCVF  di  Malaysia)  memberikan  penerangan  dan  garis  panduan  langkah  demi 

langkah  tentang  cara  mengenal  pasti  HCVF  yang  ada  di  sesuatu  kawasan.  Garis  panduan  tersebut 

dibentangkan dalam format jadual, dengan satu jadual disediakan untuk mengenal pasti dan satu jadual 

lagi  mengandungi  saranan  pengurusan.  Tugas-tugas  yang  dicadangkan  diterangkan  di  dalam  ruang 

sebelah kiri manakala sumber maklumat dan dokumen panduan disenaraikan di dalam ruang sebelah 

kanan. Garis panduan am pada peringkat kebangsaan disebut dahulu, jika berkenaan, diikuti sumber-

sumber maklumat yang lain bagi Semenanjung Malaysia (SM), Sabah dan Sarawak. Maklumat tambahan 

yang berguna disediakan sebagai lampiran pada penghujung Kit Panduan ini.

Meskipun Kit Panduan ini mengandungi maklumat praktikal yang berguna, namun kebanyakan panduan 

mengenai  HCV  adalah  umum.  Haruslah  diingat  bahawa  semua  tinjauan  dan  protokol  pemantauan 

mestilah khusus bagi sesuatu tapak, dan satu pendekatan yang seragam tidak boleh disyorkan bagi setiap 

situasi. Oleh itu, Kit Panduan ini hanya berfungsi sebagai panduan semata-mata, dan tidak dimaksudkan 

sebagai manual kaedah untuk menjalankan kerja lapangan. Para pengurus hutan dinasihatkan untuk 

mendapatkan maklumat yang sesuai dan butir-butir tambahan daripada pakar yang berkenaan.

Harap maklum bahawa sesuatu kawasan mungkin mengandungi beberapa HCV yang bertindih, yang 

boleh digunakan oleh pengurus hutan sebagai penanda nilai pemuliharaan yang lebih tinggi semasa 

menghasilkan  penyelesaian  pengurusan.  Sebaliknya,  keenam-enam  HCV  ini  tidaklah  semestinya 

berkenaan atau ada di dalam sesuatu UPH, dan pengurus hutan hanya dikehendaki menguruskan HCV 

yang ada di situ.



Tafsiran 

Kebangsaan

Data

Pengelasan

Pendapat Pakar

Kumpulan Kerja

Kit Panduan 

Global

Rangkaian 

Sumber HCV

Kenal 

Pasti

Urus

Pantau

-3-


Penting:  Bagi  semua  HCV  yang  telah  dikenal  pasti,  pemantauan  berkala  mestilah  dijalankan,  jika 

berkenaan, untuk menilai keberkesanan kegiatan pengurusannya. Ini boleh dilakukan dengan merujuk 

kepada  hasil  tinjauan  lapangan  dan  Rancangan  Pengurusan  Hutan  (RPH),  berunding  dengan  pakar, 

dan mengatur perundingan dengan komuniti. Sampel mestilah dikutip dari kawasan-kawasan ini secara 

berkala dengan mengikuti kaedah yang telah disusun secara profesional dan memberikan hasil yang 

bermakna.

1.6  Kegunaan lain Kit Panduan

Tujuan utama dokumen ini adalah untuk digunakan bersama dengan Prinsip Dan Kriteria FSC, dan juga 

dengan  MC&I(2002),  yang  berkaitan  dengan  pengurusan  hutan  semula  jadi  di  dalam  Hutan  Simpan 

Kekal (yakni, di dalam hutan simpan yang diwartakan).  Namun begitu, dokumen ini mungkin juga didapati 

menarik serta berkaitan bagi sektor-sektor lain yang terlibat dalam mentakrifkan/menilai HCVF. 

Rangkaian  HCV  berpendapat  bahawa  walaupun  pengurusan  hutan  adalah  aplikasinya  yang  utama, 

namun konsep ini juga mempunyai beberapa kegunaan lain (

Rajah 3).

Rajah 3.  Kegunaan Konsep HCV

Sumber: www.hcvnetwork.org

Dokumen  ini  meliputi  langkah  mengenal  pasti  HCVF  dan  membincangkan  penyelesaian  yang  boleh 

diambil  dari  segi  pengurusannya,  yang  berkaitan  dengan  pengurusan  hutan  semula  jadi.  Walau 

bagaimanapun, metodologi yang digunakan untuk mengenal pasti HCVF boleh juga digunakan oleh sektor-

sektor yang berminat menjalankan penilaian HCV sebelum kawasan hutan dibangunkan. Sungguhpun 

pengenalpastian HCV tidak berbeza antara sesuatu sektor dengan sektor yang lain, namun dokumen ini 

memberikan cadangan tentang pengurusan kawasan HCVF dari sudut pandangan sektor hutan semula 

jadi.  Sehubungan  dengan  itu,  sektor-sektor  lain  haruslah  mempertimbangkan  langkah  menghasilkan 

penyelesaian pengurusan tambahan untuk tujuan sektor masing-masing melalui pendekatan perundingan 

dengan pihak-pihak yang berkepentingan, seperti pendekatan yang telah digunakan untuk menyusun Kit 

Panduan ini.

Pengurusan hutan

Pensijilan FSC

Pensijilan bukan FSC

Perancangan ladang

Perluasan komoditi 

pertanian

Pembelian secara berhemat

Pelaburan 

Kempen pasaran

Melobi kerajaan 

Perancangan 

guna tanah

Komitmen polisi

Penyokongan 

pemuliharaan

HCV

-4-


2  Kit Panduan Sebenar: Tafsiran HCVF di Malaysia

HCV 1   Nilai Biodiversiti

Definisi  oleh  Kit  Panduan  Global:  Kawasan  hutan  mengandungi  nilai  biodiversiti  yang  penting  pada 



peringkat global, serantau atau kebangsaan (misalnya, endemisme, spesies terancam, kawasan genting 

bermusim).

HCV 1.1  Kawasan-kawasan Perlindungan

Semua  kawasan  hutan  yang  telah  diwartakan  secara  sah  sebagai  Kawasan  Perlindungan  mengikut 

undang-undang  Malaysia  (sama  ada  pada  peringkat  persekutuan  ataupun  negeri)  adalah  HCV  1.1. 

Senarai Induk Kawasan Perlindungan  Di Malaysia, yang dihasilkan  oleh Kementerian Sumber Asli & 

Alam Sekitar (NRE), telah menyenaraikan semua kawasan yang terangkum kategori ini, dan oleh itu 

haruslah dijadikan titik rujukan yang pertama. Namun begitu, dimaklumkan bahawa tiada pertindihan 

antara UPH dengan KTS di Sarawak.

Mengenal Pasti HCV 1.1



A Master List of Protected Areas in Malaysia 

(NRE, dalam persediaan), warta kerajaan yang berkaitan 

dengan  kawasan  perlindungan,  pihak-pihak  berkuasa 

kawasan perlindungan.




Yüklə 1,59 Mb.

Dostları ilə paylaş:
  1   2   3   4   5   6   7




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©www.azkurs.org 2020
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə